Sunday, March 18, 2012

MaKsUd MuLtImEdiA DaN BaGaiManA MeNgApLiKaSiKaNnYa DaLaM P&P



 Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.


PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

  • Jika dahulunya pendidikan tidak didedahkan dengan penggunaan teknologi, namun pada era globalisasi ini bidang pendidikan banyak menggunakan teknologi multimedia sebagai saluran yang berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat kepada pelajar-pelajar. Dengan adanya kemudahan teknologi multimedia,ia akan memudahkan segala urusan pembelajaran dan pengajaran di samping dapat menjimatkan masa.Teknologi multimedia juga mampu memberi kesan yang besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan kerana ianya boleh mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video.

  • Antara contoh penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan ialah penggunaan microsoft word, microsoft powerpoint dan sebagainya. Metod sebegini dapat memberikan gambaran lebih jelas lagi apa yang ingin disampaikan melalui penggunaan multimedia. Selain itu, media juga telah dapat dibuktikan sebagai satu alat bantu mengajar yang dapat memudahkan panyampaian pengajar dan juga meningkatkan tahap penerimaan dan pembelajaran pelajar.

 cara penggunaan baham multimedia melalui teknik bercerita

Memulakan sesi bercerita :
Sesi pertama:
            Guru akan menayangkan video lagu malaikat kepada murid. Murid akan mendengar dengan tekun dan penuh perhatain. Semasa sesi pertama ini berjalan guru akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendengar lagu tersebut tanpa sebarang pertanyaan daripada murid supaya mereka dapat mengingati nama-nama malaikat tersebut dan selepas itu mereka akan menyanyi bersama-sama.

Sesi kedua :
Guru akan bercerita kepada murid tentang nama-nama malaikat dan tugas-tugas malaikat   serta terjadinya malaikat melalui apa. Pada mulanya guru akan menerangkan apa itu malaikat dan malaikat dijadikan daripada apa ?


Guru  : adik-adik tahu tak rukun iman ni rukun keberapa dalam rukun iman
Murid : tahu..rukun ke 2.      
Guru :  adik-adik tahu tak malaikat ni di buat daripada apa ?
Murid : tak tahu cikgu
Guru : ok.. sekarang cikgu akan ceritakan bagaimana terjadinya malaikat. Dalam Islam,         malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Malaikat ni ada lelaki atau perempuan tak ?
Murid : ada...
Guru : sebenarnya malaikat tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka juga tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak. Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju seperti cahaya yang bergerak.
Murid : oh...bergitu rupanya malaikat..kami tak tahu pun cikgu.
Guru : sekarang cikgu akan ceritakan tentang 10 nama-nama malaikat dan tugas mereka pula. Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malaikat yang pertama ialah malaikat jibrail yang bertugas sebagai menyampaikan wahyu, mikail sebagai membawa rezek, israfil pula meniup sangkakala, izrail mencabut nyawa, munkar menyoal mayat di kubur, nakir pun menyoal mayat di kubur, ridwan pula menjaga pintu syurga, malik menjaga pintu neraka, raqib mencatat amalan baik yang kita buat dan atid pula mencatat amalan buruk yang kita buat. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam. Malaikat pertama yang diutuskan Allah s.w.t untuk mengambil tanah adalah Jibril kemudian Mikail namun kedua-duanya gagal dan pulang ke hadrat Allah s.w.t kerana tanah menangis memohon agar tidak mengambil mereka sebaliknya mengambil bahan-bahan lain untuk dijadikan manusia.Kemudian Allah s.w.t mengutus Izrail,dengan taat dan tanpa menghiraukan tangisan tanah,maka Izrail merentap mereka dan membawanya kepada Allah s.w.t.Sempena peristiwa ini Allah s.w.t telah melantik Izrail sebagai malaikat pencabut nyawa sebab itu lah Izrai dipanggil sebagai malaikat maut. Tugas ini ditolak Izrail kerana sekiranya manusia akan mengutuk serta membencinya namun Allah s.w.t memberi jaminan kepada Izrail dengan menjadikan setiap maut pasti ada penyebabnya agar Izrail tidak dipersalahkan.Sebelum Iblis direjam dan dilaknat oleh Allah s.w.t,Iblis merupakan ketua yang memimpin para malaikat di syurga.Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir . Walau bagaimanapun mereka telah diberi keampunan oleh Allah s.w.t.
 Murid : cikgu kalau kita tolong orang lain kita masuk syurga ke ?
Guru : kalau kiata sentiasa berbut baik dan tolong orang kita akan masuk syurga.
Murid : kalau macam tu kami nak buat baik lah, nak tolong mak ayah.
Guru : bagus la 2..kita kena sentias abuat baik. Ok lah 2 je yang boleh cikgu ceritakan tentang malaikat pada hari ini. Nanti kita sambung kelas pada hari akan datang tentang malaikat ye..
Murid : baik cikgu.

No comments:

Post a Comment